Me'nate Steak Hub Lancar Ramadan Mubarak Iftar Platter dan Mubarak Iftar Nate-Box di semua cawangan
Event: Me’nate Ramadan Previews 2022 Date: 23rd Mar 2022 Venue: Me’nate Steak Hub (Shah Alam) Sajian Ramadan kali ini agak berbeza dengan tahun lepas 2021 kerana Me’nate Steak Hub menyediakan hidangan istimewa “Mubarak iftar Platter’ untuk ‘Dine-In” dan “Mubarak Iftar Nate-Box’ yang bakal membuatkan para pelanggan tidak sabar untuk mencuba pada Ramadan ini. “Ramadan Preview’ kali ini disempurnakan oleh Pengarah Urusan serta Ketua Pegawai Eksekutif PBRSB Tuan Syed Ashraf Bin Syed Ali dan serta 2 (dua) lagi pengarah PBRSB Tuan Syed Omar Bin Syed Abdullah dan En. Azuan Arif Bin Mohd Ariffin. Antara yang menarik bagi pelanggan yang membeli Mubarak Iftar Platter adalah akses percuma ke ‘Mini Buffet – Appetizers & Deserts” yang akan menampilkan pelbagai menu pembuka selera dan pencuci mulut yang lazat. Tema tahun ini berkonsepkan kekeluargaan dalam suasana baru dan norma baru yang lebih segar dan santai serta menyemarakan semangat Ramadan bersama keluarga, rakan dan rakan sekerja anda sa